Bagaimana aku harus berterus terang dengan dirimu.Alangkah betapa pahitnya untuk aku meluahkan kata-kata ini dihadapanmu. Rasa bersalah makin bersarang dihatiku sehingga aku tidak sanggunp untuk menatap wajahmu berhadapan,.
Perkenalan antara engkau dan aku tidak dirancang dan aku tidak pernah bermimpi akan mengenalimu.berkemungkinan ianya hanya kebetulan yang amat indah antara kau dan aku..
Dirimu telah hadir tatkala aku dilukai, Aku cuba untuk menidakkan kehadiranmu sebagai pengganti kerana bagiku cukuplah cinta yang pertama telah melukai hati dan perasaanku.Namun semakin aku menjauhkan diri darimu semakin pula aku merasakan diri ini kepada dirimu,...
Namun, maafku pinta seandainya mengigati kenangan kita bersama.Kesan dari kisah silam antara kau dan aku telah membuatkan aku sentiasa mengigatimu,..Detik manis antara kau dan aku tidak akan dapat aku lupakan kerana ianya begitu indah dalam coretan perjalanan hidupku..Dan dirimu yang palingku harap untuk menemani hari2 ku tanpa henti kini hanya tinggal memori sahaja kerana kau dan aku telah berjauhan.Bukan sengaja untuk aku menjauhkan diri darimu,,aku berbuat demikian kerana ada perkara yang tidak dapat aku elakkan. sejak kehilanganmu kini aku semacam hilang satu keyakinan dan hatiku tidak seutuh bak batu yang keras dan mampu menahan apa aja yang terjadi.
Maafkan aku sekiranya hatimu terluka dengan sikapku yang tidak engkau mengerti.Bukanya aku tidak mengimpikan kebahgiaan bersamamu tapi disebabkan masalah yang menimpa aku harus akur dengan kenyataan itu.Teramatlah teringin untuk aku mengecap kebahgiaan bersamamu insan yang amat aku sayangi tetapi segala-galanya telah berubah bukan mengikut kehendak aku dan kamu,.
Rintihan ini tidak pernah untuk aku luahkan kepada sesiapapun walaupun dengan teman rapatku sendiri..Aku hanya pendam sendirian didalam hatiku.Izinkan aku berlalu dari hidupmu dengan membawa hati yang lara untuk menuju jalan yang abadi.lalu izinkan aku untuk mengutip sisa-sisa kenangan kita untuk diabadikan didalam memori indah kita.Moga kedamaian yang selama ini aku cari boleh membahagiakan hidupku,......
No comments:
Post a Comment